Kelebihan
Bulan Asyura
Apakah
kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?
µ ALLAH
menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
µ ALLAH
menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
µ Diciptakan
lautan pada 10 Muharram
µ Diciptakan
Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
µ Diciptakan
papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
µ Diciptakan
Adam a.s. pada 10 Muharram
µ Dimasukkan
Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
µ Dilahirkan
Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
µ Diselamatkan
Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
µ Diselamatkan
anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
µ Ditenggelamkan
Fir'aun pada 10 Muharram
µ Diampunkan
dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
µ Dilahirkan
Isa a.s. pada 10 Muharram
µ Dikeluarkan
Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
µ Disembuhkan
penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
µ Diangkat Isa
a.s. ke langit pada 10 Muharram
µ Diterima
taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
µ Dianugerahkan
tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
µ Diciptakan
Arasy pada 10 Muharram
µ Awal-awal
hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
µ Awal-awal
rahmat diturunkan pada 10 Muharram
µ Diselamatkan
bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Kelebihan Puasa Asyura’
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan
menghapuskan dosa setahun sebelumnya"
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan
memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap
kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan
dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang
berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi
makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan
perut mereka"
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
" Ya Rasulullah
S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari
lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah
Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari
Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan
juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan
Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub
a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi
hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !"