RSS

Welcome My Blog for you share information

Kaitan antara Manusia,Malaikat & Syaitan

MANUSIA

Pernahkah kita membayangkan betapa besarnya alam semesta ciptaan Tuhan.

Dan pernahkan kita membayangkan betapa kecilnya kita di hadapan Tuhan.

Siapakah manusia, sehingga Tuhan begitu mengasihi kita?

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah paling sempurna dibandingkan dengan mahluk yang

lainya, termasuk diantaranya Malaikat, Jin, Iblis, Binatang, dan lain-lain. Tetapi kita sendiri sebagai manusia tidak

tidak kenal akan diri kita sendiri sebagai manusia. Untuk itu marilah kita pelajari diri kita ini sebagai manusia,

Siapa diri kita ini?

Dari mana asalnya?

Mau kemana nantinya?

Dan yang paling penting adalah bagaimana kita

menempuh kehidupan didunia ini supaya selamat didunia dan achkirat nanti?

MALAIKAT

Makhluk halus yang dijadikan oleh Allah daripada cahaya ( Nur ) yang tidak kelihatan oleh Manusia.

pekerjaan mereka adalah sentiasa mengucap tasbih dan tidak pernah mengingkari perintah dan larangan Tuhan

SYAITAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya

untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah

syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah

yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga

syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini

berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Kaitan antara Manusia,Malaikat & Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
bighandesign