RSS

Welcome My Blog for you share information

10 Muharram


Kelebihan Bulan Asyura

Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?

µ     ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
µ     ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
µ     Diciptakan lautan pada 10 Muharram
µ     Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
µ     Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
µ     Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
µ     Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
µ     Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
µ     Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
µ     Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
µ     Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
µ     Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
µ     Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
µ     Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
µ     Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
µ     Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
µ     Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
µ     Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
µ     Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
µ     Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
µ     Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
µ     Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Kelebihan Puasa Asyura’

"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya"

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
  "Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka"

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
 " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !"



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
bighandesign