RSS

Welcome My Blog for you share information

Hair style Man

Kenali Lelaki Dengan Gaya Rambut

Setiap lelaki pasti tidak akan terlepas dari menggayakan rambut atau menyikat rambut melainkan mereka itu botak atau tidak waras...hehehe :)
Tahukah korang bahawa keperibadian seseorang lelaki itu dapat dibaca dengan meneliti gaya rambutnya. Kajian psikologi juga membuktikan yang kita dapat membaca personaliti atau perangai seseorang itu melalui bahasa tubuh, ekspresi wajah, tentangan mata, jabatan tangan dan objek serta penampilan. Gaya rambut juga merupakan objek dan penampilan yang dapat mengungkap keperibadian. Malah lelaki juga gemar mengayakan rambut semata-mata untuk menarik perhatian dari kaum Hawa nie.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

1) Rambut LURUS
- Seorang yg bijak, sentiasa 'happy', pandai bergaya, seorang yg cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

3) Rambut PENDEK & KEMAS
-Seorang yang rajin, aktif, boleh diharap dan bekerja keras.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

4) Rambut IKAL MAYANG
- Seorang yg bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

5) RambutT HALUS/LEMBUT
- Seorang yg bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
sekadar gambar hiasan hehhe :)
Rambut kerinting

6) Rambut KERINTING TEBAL- Kurang bijak, seoarang yg degil, terlalu cemburu ,seorang yg 'romantic', banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, dan suka termenung.

7) Rambut KERENTING NEGRO
- Seorang yg bijak, seorang yg ego, cemburu buta, seorang yg 'romantic' , seorang yg memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

8) Rambut SIKIT
- Seorang yg bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,seorang yg ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
sekadar gambar hiasan hehhe :)

9) RAMBUT TEBAL
- Seorang yg bijak, degil, cemburu, seorang yg romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
sekadar gambar hiasan hehhe :)

10) Rambut KUSUT- Seorang yg sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

11) Rambut BERUBAN
-Kurang bijak, suka termenung, dan seorang yg sosial sikit.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

12) Rambut PERANG
- Kurang bijak, berfikiran terbuka, seorang yg pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

sekadar gambar hiasan hehhe :)

13) Rambut BOTAK
- Seorang yg Open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik ‘IT’ orang nya.

14) Rambut PALSU
- Bersifat pendusta, pembohong dan buta ‘IT’ . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beach of Melody a.k.a Pantai Irama

CiTer MiNggU LEpAS

hehhee...kali nie p Pantai iRama with LoNg rEnJer

Nak CiTer CkEt..

Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.

AQ yg duk GoLdEn SaND a.k.a Pasir Mas niE Pn P..

hehhehe

AQ p gan LoNg rEnJer iaitu my Sbf..Special Best Frenz ak

Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.

Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu).

Lokasi pAnTAI iRaMa

Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Pantai irama ini memang manarik,pantai yang bersih,indah,nak parking pun

sistematik tapi itu dulu.

Tapi skrg nie nampak suram...

Pantai Irama dah tu dgn kemudahan cam tandas awan xterurus...dan

dgn penuh sampah dgn sikap pengunjung yg suka menbuang sampah sesuka ati walaupun tong sampah byk disediakan kt situ.

AQ bangga gan LoNg rEnJer nie..duk membebel aje,tapi dye bagus perihatin ttg penjagaan tempat ini.

Lepas makan,AQ trun ke gg air..huuuhuhuhu best tgok ramai yg duk mandi manda.

Nie lak koleksi yg AQ temui..

hehehee..nie lak buatan manusia
Antik gak ye

AQ terus merenung pantai yang dihempas ombak berulang kali.
Walaupun berterus-terusan dihempas dan perlahan atau kuat,mereka tetap tidak berubah dan tetap merelakan diri mereka dihempas.
Alangkah setianya pantai pada ombak.
Walaupun ombak sering menghempas pantai dan pantai tetap meyambut kedatangan ombak dan ombak tak pernah jemu mengunjungi pantai saban ketika.
Bg AQ laut adalah ketenangan KU
Next time..AQ hope dpt p holiday kat Pantai lain pulak.
22042011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Remaja

Ada satu kisah tentang dua remaja

Dimana saja tetap bersama

Tanpa di sedari mereka jatuh cinta

Dan kini mereka telah berjanji

Untuk setia sehidup semati

Tapi sayangnya cinta mereka itu

Tak pernah kesampaian

Namun kini dipisah tanpa kerelaannya

Kerana mereka masih lagi muda



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cita-Cita Ku Tinggal Kenangan

"Oit..askar kecik..."
Nie gelaran yg kawan-kawan ak kasi kat ak...

(kwn aku tu Mejar n Kapten..depa mmg taw ak nk join army,huhuhu depa yg kasi name tu kat aku..tp mereka xnak ak join..sampaikan aku nk p interview kt alor staq..depa xkasi..Mereka dua dari darat..)

Nie citer dulu-dulu...
Lepas SPM ak try apply polis..atar borang je,tapi x d pggl interview...frust gak..last ak yakin lah dpt masuk u.Aku turut apply Apmm....stay x d pggl.Aku minat laut,tersangat minat.
Alhamdulillah aku dapat masuk...aku nekad nk apply jugak....army.
ermm..Aku stdy sal survey,dalam survey ada gak hidrografi..best dapat p laut.
Aku ada niat nk join RAJD..jika aku layak join TDM.Sbnya...ak dah belajr survey..huhuhu..nasib tidak menyebelahi aku.Tarikh interview Tentera Darat sama dengan Paper Bel aku..ermm...susah payah aku stdy tuk amek Final xkan aku nk tggl....antara dua...
Antara darat laut..
Laut lagi aku minat.

Semester ke 4..huhuhu...kali nie aku nekad nak p.Taw kt dua org ASKAR a.k.a kawan sekelas ak tu.huhuhu...Aku dgr aje mereka bebelkan aku,
mereka nk aku amek pegawai kadet ...
bukan senang nak senang tu!
menyesal aku xjoin Palapes dulu...
Mereka sekelas dengan aku disebabkan ambil jurusan yg sama..mereka dihantar belajar.

"Mie..ang xpayah p lah,ang tu berenang pun xtaw,tah2 mabuk laut hahahaha...ujar Kapten"

Sekadar Gambar Kenangan..
hahhhaa sempat isi borang aje...

Tarikh interview menyebelahi aku...27 aku ada paper interview tu 28 & 29 lak paper..huhuhu
Time p semua okay...Rumate tersayang aku sanggup teman.Tuan tu pun bagi aku kata semangat...
ermm...frust..time ujian mata aku fail.
Aku xrabun..
aku hanya silau..
xku sangka xku duga..
GAGAL.
Aku xcukup tdo sebenarnya.

Abeskan dip dulu..xdapat itu makna DIA nak mie abeskan blajar dulu.Semangat dari Abg Pizan a.k.a Mejar.
Btol tu mie..mie muda ag,keja lain belambak ag..nk gak join army..tambah Abg Bakry a.k.a Kapten.

Xpe..laut adalah kesukaan ku.hehehehe..
aku dah ada pengalaman naik bot,cukup lah tu...time practical Hydrografi
aku xmabuk laut pun...

ermm..xpelah aku akn teruskan minat ak nie..mungkin xdak rezeki aku disini..
Sekarang aku..hehhehe Student UiTM Arau...ehh ex student ahhahha..
Sbnya bulan mei nie ak konvo...
cepat masa berlalu.
ermm bulan mei gak maka bertambah lah usia aku...
ermmm.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku kah


Makna di sebalik kelahiran pada bulan Mei

Pada pendapat aku yg lahir pd bulan mei nie yg bernaung bawah zodiak gemini nie,aku akui aku seorang yang degil.. Kekerasan hati & degil hehhehe...kuat semangat & bermotivasi tinggi, itu diakui ketika aku berada d kampus dulu.Aku pernah rasa macam ne perasaan dijatuhkan sahabat baik sendiri,tapi aku kuatkan semangat aku untuk teruskan perjuangan aku.

Satu lagi sikap aku yg mengena berdasarkan kajian dari Dato’Fadzillah Kamsah nie ialah mudah marah apabila tidak dikawal,aku akn meluah segala kemarahan aku,tetapi aku marah bersebab,tanpa sebab aku xkan marah orang xtentu pasal.Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian,heheehee....yg nie aku hanya mampu berkata ‘no coment’ orang yang mengenali aku akan menjawab antara ‘yes or no’.

Berkenaan dengan perasaan yg amat mendalam,ermmm...bercakap soal hati & perasaan nie sebenarnya aku ‘fail’ sb aku masih xbertemu dengan pemilik tulang rusuk aku nie...aku bukan jenis yg suka permainkan perasaan org,tapi apa yg aku dapat perasaan ku dipermainkan..xpe “Jodoh pertemuan d tangan Tuhan”.

Cantik dr segi mental & fizikal,alhamdulillah itu jawapan aku hehehe..perasan lak aku nie...Tidak perlu dimotivasikan,ermmmm yg ini aku rasa perlu di motivasikan sebab kitakan manusia biasa,kita xsedar tentang siapa kita,hanya org luar yg dapat bercakap & mengomen ttg siapa kita d mata mereka.

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk,aku memang mudah d pujuk sb xdak org lagi yg nk pujuk aku,selalu aku akan pujuk diri sendiri. Bersikap sistematik (otak kiri),aku xtaw..yg pasti aku guna otak aku,ahha.. xkira lah otak kiri or kanan.Aku memang suka berangan.

Yg paling akui tentang hal yg satu nie kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu,firasat ak memang betul.Kenapa aku leh ckp mcm tu?? sb nya pernah terjadi dlm kehidupan aku..selalunya hal yg berkaitan dengan hati & perasaan.Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit hehehe telinga aku selalu sakit sb nya aku selalu dengar lagu kuat-kuat guna handfree..

Daya khayalan yg tinggi hahhaa...nie sb aku kaki novel. Pemikiran yang tajam,tajam kah fikiran aku? hehhehehe tinggal tanda soal??Pandai berdebat,aku bukan pendebat yg bagus,tapi boleh la.Yg nie memang masalah aku alami selalukelemahan sistem pernafasan,tetapi alhamdulillah dapat atasi dengan baik.

Suka sastera,seni & muzik serta melancong ermm yg nie boleh lah..,aku layan je lagu pape janji aty senang.Tidak berapa suka duduk dirumah..nie silap nie..aku suka duk umah,sb duk umah ada tv & laptop akunie hehehe.Aku memang tidak boleh duduk diam,sebabnya... mesti aku akan cari kerja punya.

Tidak punya ramai anak,ku harap yg nie hanya ramalan,sbnya ku nak anak yg ramai hehehe...xramai sangat cukup lah kembar lelaki –lelaki,kembar perempuan-perempuan n last kembar lelaki perempauan..ramai x anak aku(beranga je lebih aku nie).

sekadar gambar hiasan

Rajin dan bersemangat tinggi,yup aku memang rajin..hehehe rajin tdoq dan aku besemangat tinggi lau x aku x p lak interview navy time aku part four,tapi aku xlayak sebab mata huhuhu....baru ku sedar diri ku rabun rupanya.hahahha.Lawak kan?? Agak boros..nie silap nie..aku jenis suka simpan duit,nak shoppping nie,aku fikir dua tiga kali baru ak p,itu pun untuk beli barang keperluan je.

No Lahir Aku 2

Iaitu Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. Anda selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Anda tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat Anda dan berupaya mendorong Anda untuk berjaya di dalam hidup; tetapi Anda sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

Akui, aku selalu fikirkan perasaan org lain dan perasaan aku awal-awal lg aku tolak tepi dulu.Bg aku org harus aku utamakan dulu sebelum aku. Aku tidak suka bersendirian..sebab bagi aku,aku perlukan seseorang teman bicara untuk aku minta nasihat & tunjuk ajar. Persahabatan adalah penting bg aku dengan dorongan mereka,aku yakin aku akan berjaya.Dalam soal perhubungan aku sanggup bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi..bagi aku,cukup aku ada keluarga yg aku sayangi.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby Irfan HaQimie & aQif Haikal

Rindunya kat Baby Irfan Haqimie & Aqif Haikal
Qimie dah jadi abang dah..dah buang title 'Baby'..di ambil kat si adik lah..
'Baby Aqif'
Hhahhaaa..bla tgok Baby nie aku pun teringin nak ada baby sendiri...(berangan jap).
Tapi terlalu awal lak nk berumah tangga nie.
Aku masih muda hehehe...tapi ramai dah kekawan aku dah berumah tangga.

Mie..ang bila nak nikah???

Benci tol aku dengar kekwn aku tanya soalan cepus cemas tu...
memang cemas lah.hikhikhik...
aku nie calon xdak,depa duk tanya soalan sama.
Ku muda lagi lah...
Nie citer sal anak buah aku yang paling aku sayang nie,Qimie.
Dah besar dah umor dah 3thn lebih.Asal je jumpe aku...
mesti dye akan cakap mcm nie.

'Mak Yang,mak yang..Qimie tumbuk kang'....

hahaaha tergelak aku.Gelaran aku Mak Lang..Tapi Qimie dah biasa pgl ak Mak Yang..bla dye pandai bercakap,lekat sampai ke hari nie,Seb baik xpgl aku Mak Nyah..hehe

Nanti besar Qimie nak jadi apa?
"Pemain boya aaa.."jawab Qimie
"Mak Yang..main boya aa gan Qimie.."

hahha kelakar kan anak buah aku nie...Asal je nak main ajak aku.Nak main bola kah,main tumbuk-tumbuk ke,main kejar-kejar ke,mest dye akan cari Mak Yang dye.
Tapi lau nak susu dye akan mintak gan Mak Ucu dye...

"Mak Ucu Qimie nk cucu..Mak Ucu..rengek dye"
Nah botol cucu..

Kecian adik aku..asyik kena buli je kat Qimie nie.

Koleksi Gambar Qimie

"syuuhhhhh adik nak tdo..."

Ermm...nie anak buah aku yang aku bagi nama AQIF HAIKAL....
Sebenarnya aku yg kasi nama..hehee..amacam nama aku kasi sesuai x?
Tak sangka upenya kakak aku pun nak letak nama tu..sebelum dye cakap aku dah terrr..excited
aku geram sangat gan dye,comel sgt2...nie anak kedua kak Nieta.
Comel kan anak buah ak yang sorang nie...
Dye ok aje bila sesiapa amek nak dukung dye..senyum aje...
Sangat lah aktif,tapi jangan dibiarkan sesorang nanti dye mop semua lantai kat umah..ahhahaha...a.k.a semua benda nak masuk dalam mulut.

Koleksi Gambar aQif


Irfan HaQimie & aQif Haikal

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jariku berlari-lari d Keybord...

Airmata,
mengapa begitu mudah ianya mengalir,
saat hati dilukai dengan kata-kata dari seseorang yang telah memberikan kehidupan baru padanya.Mengapa ianya hadir,jika hadirnya sekadar untuk membuat ku kecewa.
Pelik kau hadir bagi aku kekuatan untuk aku pandang ke depan...pandang hari-hari yang akan datang,tapi kadang kala kau buatkan aku terguris dengan setiap ayat yang kau hantar pada aku....
Kamu anggap aku siapa di hati mu?? Andai anggap aku sahabat,layan la aku sebagaimana kamu layan sahabat mu..nasihatkanlah aku,tegurlah andai ada kesalahan aku buat.
Kau hadir bagai aku sinar harapan,ajar aku tentang kehidupan yang sebenar.
Memahami..aku masih tercari-cari apa erti memahami yang sebenarnya..
Kalau aku tak mengharap,mengapa kau selalu hadir di mimipiku,tidak mudah untuk aku melupakan.
Aku sedar,
aku bukan lah untukmu,kerana jiwa kita yang tidak akan mungkin bersatu
Biarlah aku pergi dari sisimu..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Cinta sebelum kahwin & selepas kahwin

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam

sebagaimana firman Allah yang bermaksud

"Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

CINTA
(sebelum kahwin)
C = Cubit kiri, kanan rasa.
I = Impian indah ibarat syurga.
N = Nikah impian utama.
T = Taat setia membawa bahagia.
A = Awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = Cuka yang dituang pada luka.
I = Iblis yang merosak minda.
N = Nafsu semata-mata.
T = Tuba yang dibalas semula.
A = Api dalam neraka.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

KASIH
(sebelum kahwin)
K = Kongsi semua suka duka.
A = Abang adik, ayang anja.
S = Sumpah janji di bibir sentiasa.
I = Istana bahagia dah dicipta.
H = Hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = Kaki tangan naik kat kepala.
A = Abuk pun tara, nak makan apa??
S = Simpati langsung tak ada.
I = Ironi membakar jiwa.
H = Hidup mati sama je.

SAYANG
(sebelum kahwin)
S = Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = Asal free mesti nak jumpa.
Y = You lap me, I lap you!
A = Apa saja sanggup diduga.
N = Nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = Salah sikit kiamat dunia.
A = Air tak sedap, basahlah mata.
Y = Yang betul dia je.
A = Ada takde, bagi anak reti la.
N = Nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI
(sebelum kahwin)
H = Hanya dikau yang daku cinta.
A = Air paip pun manis macam gula.
T = Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = Igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = Hantu jembalang lagi sempurna.
A = Air mata jadi teman setia.
T = Tempat mengadu dah tak ada.
I = Ikut hati mati, ikut rasa binasa...


Nak buat macam mana? Renungkan la,ada suka tentu ada duka,ada ketawa mesti ada air mata,wujud kekecewaan mesti ada kebahagiaan....Sad

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
bighandesign