Aku sangat berminat nak join Angkatan Tentera nie,tapi itu hanya dapat menjadi angan-angan terindah buat aku.Andai ditakdirkan aku dapat join Angkatan Tentera ini merupakan satu kebanggan bagi diriku.Aku suka ambil tahu,aku suka bertanya kepada kawan-kawan aku.Kata salah seorang kawan ak. 'ASKAR means Azab Sengsara Ku Akan Rasa'.Ramai gak kawan-kawan aku menghalang apabila mengetahui aku berminat dalam bidang ini..apakan daya,tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita dan aku pasrah...kat sini aku nak konsgi apa yang aku dapat dari pembacaan aku untuk aku lebih memahami tentang TDM.
Logo Tentera Darat Malaysia
MAHKOTA
- Bulan, bintang, sempadan keliling, perkataan Allah dan Muhammad berwarna kuning emas dan 'outline' berwarna hitam.
- 'Diamond' dari kiri adalah berwarna biru, hijau, merah, hijau dan biru.
- Terdapat 21 bulatan-bulatan kecil dibahagian atas mahkota.
- Latar belakang perkataan Allah dan Muhammad berwarna merah cili.
- Setiap tangkai mempunyai 16 butir bunga padi iaitu enam ditengah dan lima di kiri dan kanan.
- Bunga padi berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.
KERIS DAN DUKU ILANG
- Keris luk lima bersilang dari kiri ke kanan.
- Duku Ilang (parang sarawak) bersilang dari kiri kanan ke kiri.
- Keris dan Duku Ilang berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.
SKROLL
- Berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam. Perkataan "GAGAH SETIA" berwarna hitam.
INSIGNA LOGO TENTERA DARAT MALAYSIA
- Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
- Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.
- Perkataan Allah dan Muhammad - Melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasululah sebagai pesuruh-Nya.
- ‘Diamond’ - Lima butir ‘diamond’ melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati oleh rakyat dan ia memberi perkembangan pembangunan kepada Tentera Darat Malaysia.
- Kalungan Bunga Padi - Kalungan bunga padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Ia melambangkan sikap perajurit yang serba handal, gagah dan bersemangat umpama resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Ia juga lambang perpaduan, kerjasama, kemakmuran dan keharmonian antara kor/rejimen dalam Tentera Darat Malaysia. Lambang ikatan Tentera Darat Malaysia dan rakyat.
- Keris Melayu Luk Lima - Keris merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu. Melambangkan kegagahan dan keperkasaan orang yang sentiasa bersiap siga untuk mempertahankan Negara dan tanahair.
- Duku Ilang - Duku Ilang merupakan parang pancung Dayak Darat. Merupakan semangat orang Dayak Darat dan melambangkan cara mereka menentang musuh di dalam peperangan.
- Keris Bersilang Duku Ilang - Melambangkan gabungan keperwiraan dan kegagahan orang Melayu dan Dayak. Senjata ini mencantumkan kualiti-kualiti kehandalan dan kegagahan dengan semangat berperang. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir. Kehandalan dan kegagahan kearah kemuncak kejayaan yang menggandingkan dua bangsa Tanah Melayu Sabah dan Sarawak yang menjadi satu.
GAGAH SETIA
Tabah dan Perkasa
Itulah cogan kata
Tentera Darat Malaysia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
Hutan rimba lembah desa
Memburu musuh durjana
Tidak gentar mara bahaya
Pantang undur tetap mara
Gempur wira bergelora
Semangat untuk perwira
Jasad mungkin gugur di rimba
Kami tetap gagah setia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
Darjah Kebesaran/Pingat
DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT)
Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
Bintara Angkatan Tentera (BAT)
Panglima Gagah Berani (PGB)
Jasa Perkasa Persekutuan (JPP)
Pingat Tentera Udara (PTU)
Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI
Pingat Kebaktian (PK)
Pingat Khidmat Bakti (PKB)
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
Fungsi Kor / Rejimen Tentera Darat
Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :
Kelompok Tempur - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RAMD, RRD, KAD RS:
Kelompok Bantuan Tempur - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RSD, RAJD, RAD, KPTD dan KRD:
Kelompok Bantuan Perkhidmatan - Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti KJLJD, KPA, KPD, KOD, KKD dan KAGAT
Askar Wataniah - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara.RAW
KOR &REJIMEN
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
"TAAT SETIA"
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai Batalian Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan selebihnya adalah Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia.
Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Peranan Kor Infantri adalah mencari dan mendekati musuh, membunuh serta menawannya, menggunakan kesempatan dan menduduki tanah dan melaksanakan serangan di waktu siang atau malam tanpa mengira cuaca, keadaan tanah ataupun keadaan.
sekadar gambar hiasan
Rejimen Renjer Diraja (RRD)
"AGI IDUP AGI NGELABAN"
Kor Armor Diraja (KAD)
"BERSATU"
Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Federation Armoured Car Squadron pada 1 September 1952. Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Federation Amoured Car Regiment dalam tahun 1957. Dalam tahun 1960 Federation Amoured Car Regiment telah dicantumkan dengan Federation Regiment, sebuah battalion infanteri. Percantuman ini melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972. Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri Diraja.
Tugas kor ini ialah menjalankan operasi secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat. Cogankata Kor Armor Diraja ialah “BERSATU”.Peranan dalam melaksanakan gerakan ofensif, defensif dan gerakan dengan atau tanpa bantuan pasukan infantri dan pasukan-pasukan lain dan memberi perlindungan perisai kepada pasukan infantri dan pasukan-pasukan bantuan serta perkhidmatan yang lain.
Rejimen Semboyan Diraja (RSD)
Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
"BERUSAHA BERFAEDAH"
Dengan cogan kata "BERUSAHA BERFAEDAH" RAJD yang pakar dalam kejuruteraan tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara.RAJD adalah sebuah organisasi Bantuan Tempur dan peranan utamanya adalah untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia untuk bertempur, bergerak dan hidup semasa perang.
Rejimen Artileri Diraja (RAD)
"TANGKAS TEGAS SAKSAMA"
Kor Perkhidmatan Am (KPA)
"BERBAKTI"
Kor Kesihatan Diraja (KKD)
"KHIDMAT DIUTAMAKAN"
Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM. Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera. Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah “KHIDMAT DIUTAMAKAN”.
Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)
"SEDIA BERKHIDMAT"
Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya “SEDIA BERKHIDMAT.
Kor Risik Diraja (KRD)
"PINTAR DAN CERGAS"
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).
91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).
Cawangan Perisikan.
Jabatan Arah Risik.
Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).
Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)
"BERKHIDMAT KEPADA SEMUA"
Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). ASC telah ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera. Pada 9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah ditubuhkan. Pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja dan bercogankata “BERKHIDMAT KEPADA SEMUA”.Peranan KP adalah menguruskan pembekalan dan pergerakan dalam TD dikendalikan oleh Kor Perkhidmatan (KP).
Kor Ordnans Diraja (KOD)
"BERKHIDMAT DAN MEMBANTU"
Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)
"BERTUKANG DAN BERJUANG"
Kor Jurutera Leterik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah ditubuhkan dalam bulan April 1957. Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera dan bercogankata “BERTUKANG DAN BERPERANG”.
Peranan Kor Jurutera Letrik dan Jentera adalah memberi bantuan teknik seperti pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan ke atas semua peralatan kepunyaan Tentera Darat kecuali kenderaan jentera berat kepunyaan Kor Jurutera Diraja seperti jentolak, trelar (yang dikenali sebagai Kenderaan Jenis C) dan peralatan perhubungan Kor Semboyan Diraja seperti peralatan telegraf yang digunakan untuk menerima dan menghantar mesej.
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
"BERJUANG BERAKHLAK"
Rejimen Askar Wataniah (RAW)
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
Sekian sajalah dlu tentang Tentera Darat Malaysia...ku bangga sangat dengan mereka.
2 comments:
:)
Salam Amie'ra,
...moga dimudahkan jalan oleh-Nya, mencapai impian dan cita diri.
Amin.
:)
Mana Unit Rejimen Sempadan?
Post a Comment