RSS

Welcome My Blog for you share information

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau kadangkala lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara.Tugasan penting APMM ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal pantai nasional.

Visi

“Menjadi antara agensi penguatkuasaan Maritim yang terbaik di dunia”

Misi

“Menguatkuasakan undang-undang serta menyelamat nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan negara”

(Tamat Latihan)

Objektif APMM

Ø Menentukan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman untuk pengguna.

Ø Mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut berasaskan piawaian yang ditetapkan.

Ø Mewujudkan kerjasama mencari dan menyelamat serantau yang berkesan.

Ø Mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan komuniti maritim bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Lencana pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Pegawai APMM

Laksamana Maritim

Laksamana Madya Maritim

Laksamana Muda Maritim

Laksamana Pertama Maritim

Kapten Maritim

Komander Maritim

Leftenan Komander Maritim

Leftenan Maritim

Leftenan Madya Maritim

Leftenan Muda Maritim

Lain-lain Pangkat APMM

Pegawai Waran I Maritim

Pegawai Waran II Maritim

Bintara Kanan Maritim

Bintara Muda Maritim

Laskar Kanan Maritim

Laskar Kelas I Maritim

Laskar Kelas II Maritim

Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
bighandesign