RSS

Welcome My Blog for you share information

Kerjaya Tentera Darat Malaysia

Aku sangat berminat nak join Angkatan Tentera nie,tapi itu hanya dapat menjadi angan-angan terindah buat aku.Andai ditakdirkan aku dapat join Angkatan Tentera ini merupakan satu kebanggan bagi diriku.Aku suka ambil tahu,aku suka bertanya kepada kawan-kawan aku.Kata salah seorang kawan ak. 'ASKAR means Azab Sengsara Ku Akan Rasa'.Ramai gak kawan-kawan aku menghalang apabila mengetahui aku berminat dalam bidang ini..apakan daya,tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita dan aku pasrah...kat sini aku nak konsgi apa yang aku dapat dari pembacaan aku untuk aku lebih memahami tentang TDM.


Logo Tentera Darat Malaysia

MAHKOTA

  • Bulan, bintang, sempadan keliling, perkataan Allah dan Muhammad berwarna kuning emas dan 'outline' berwarna hitam.
  • 'Diamond' dari kiri adalah berwarna biru, hijau, merah, hijau dan biru.
  • Terdapat 21 bulatan-bulatan kecil dibahagian atas mahkota.
  • Latar belakang perkataan Allah dan Muhammad berwarna merah cili.
KALUNGAN BUNGA PADI

  • Setiap tangkai mempunyai 16 butir bunga padi iaitu enam ditengah dan lima di kiri dan kanan.
  • Bunga padi berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.

KERIS DAN DUKU ILANG

  • Keris luk lima bersilang dari kiri ke kanan.
  • Duku Ilang (parang sarawak) bersilang dari kiri kanan ke kiri.
  • Keris dan Duku Ilang berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.

SKROLL

  • Berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam. Perkataan "GAGAH SETIA" berwarna hitam.

INSIGNA LOGO TENTERA DARAT MALAYSIA

  1. Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
  2. Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.
  3. Perkataan Allah dan Muhammad - Melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasululah sebagai pesuruh-Nya.
  4. ‘Diamond’ - Lima butir ‘diamond’ melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati oleh rakyat dan ia memberi perkembangan pembangunan kepada Tentera Darat Malaysia.
  5. Kalungan Bunga Padi - Kalungan bunga padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Ia melambangkan sikap perajurit yang serba handal, gagah dan bersemangat umpama resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Ia juga lambang perpaduan, kerjasama, kemakmuran dan keharmonian antara kor/rejimen dalam Tentera Darat Malaysia. Lambang ikatan Tentera Darat Malaysia dan rakyat.
  6. Keris Melayu Luk Lima - Keris merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu. Melambangkan kegagahan dan keperkasaan orang yang sentiasa bersiap siga untuk mempertahankan Negara dan tanahair.
  7. Duku Ilang - Duku Ilang merupakan parang pancung Dayak Darat. Merupakan semangat orang Dayak Darat dan melambangkan cara mereka menentang musuh di dalam peperangan.
  8. Keris Bersilang Duku Ilang - Melambangkan gabungan keperwiraan dan kegagahan orang Melayu dan Dayak. Senjata ini mencantumkan kualiti-kualiti kehandalan dan kegagahan dengan semangat berperang. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir. Kehandalan dan kegagahan kearah kemuncak kejayaan yang menggandingkan dua bangsa Tanah Melayu Sabah dan Sarawak yang menjadi satu.

Lagu Tentera Darat Malaysia

GAGAH SETIA

Gagah dan setia

Tabah dan Perkasa

Itulah cogan kata

Tentera Darat Malaysia

Gempur-gempur wira

Maju-maju mara

Rela berkorban jiwa

Untuk negara dan bangsa

Hutan rimba lembah desa

Memburu musuh durjana

Tidak gentar mara bahaya

Pantang undur tetap mara

Gempur wira bergelora

Semangat untuk perwira

Jasad mungkin gugur di rimba

Kami tetap gagah setia

Gempur-gempur wira

Maju-maju mara

Rela berkorban jiwa

Untuk negara dan bangsa

Darjah Kebesaran/Pingat

DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT)

Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)

Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)

Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)

Kesatria Angkatan Tentera (KAT)

Bintara Angkatan Tentera (BAT)

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

Panglima Gagah Berani (PGB)

Jasa Perkasa Persekutuan (JPP)

Pingat Tentera Udara (PTU)

Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)

PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

Pingat Kebaktian (PK)

Pingat Khidmat Bakti (PKB)

Pingat Perkhidmatan Am (PPA)

Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)

Fungsi Kor / Rejimen Tentera Darat

Tentera Darat Malaysia adalah sebuah organisasi yang unik dan tersendiri. Terdapat 16 Kor dan Rejimen yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Fungsi dan peranan mereka adalah berbeza berdasarkan tugas dan kepakaran. Justeru itu, berdasarkan kepada kepakaran, maka Kor dan Rejimen ini dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu :

  1. Kelompok Tempur - Kelompok ini melibatkan anggota dan sistem tempur yang berada di hadapan sekali (barisan hadapan) dalam peperangan. Kelompok ini terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RAMD, RRD, KAD RS:

  2. Kelompok Bantuan Tempur - Kelompok kedua ini terdiri daripada anggota dan sistem tentera yang membantu Kelompok Tempur secara langsung di dalam peperangan. Ianya terdiri daripada Kor dan Rejimen seperti RSD, RAJD, RAD, KPTD dan KRD:

  3. Kelompok Bantuan Perkhidmatan - Peranan kelompok ini adalah untuk membantu Kelompok Tempur dan Bantuan Tempur dalam asoek perkhidmatan lojistik dan senggaraan serta perkhidmatan lain yang berunsur pentadbiran. Ia mengandungi Kor dan Rejimen seperti KJLJD, KPA, KPD, KOD, KKD dan KAGAT

  4. Askar Wataniah - Rejimen Askar Wataniah adalah Rejimen yang diangotai oleh para sukarelawan. Mereka ini adalah barisan kedua di dalam mempertahankan Negara.RAW

KOR &REJIMEN

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

"TAAT SETIA"

http://www.ramd.mil.my

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai Batalian Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan selebihnya adalah Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia.

Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara. Peranan Kor Infantri adalah mencari dan mendekati musuh, membunuh serta menawannya, menggunakan kesempatan dan menduduki tanah dan melaksanakan serangan di waktu siang atau malam tanpa mengira cuaca, keadaan tanah ataupun keadaan.

sekadar gambar hiasan

Rejimen Renjer Diraja (RRD)

"AGI IDUP AGI NGELABAN"

http://army.mod.gov.my/rrd

Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963. RRD memngandungi 9 batalion yang mana satu batalion sebagai batalion para, satu batalion sebagai battalion mekanis, dan selebihnya adalah batalion infantri standard. RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia selepas RAMD. Perbezaannya dengan RAMD adalah keanggotaan RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia.Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. Tiga elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi teras kepada infantrI. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh negara.Peranan Kor Infantri adalah mencari dan mendekati musuh, membunuh serta menawannya, menggunakan kesempatan dan menduduki tanah dan melaksanakan serangan di waktu siang atau malam tanpa mengira cuaca, keadaan tanah ataupun keadaan.

Kor Armor Diraja (KAD)

"BERSATU"

Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Federation Armoured Car Squadron pada 1 September 1952. Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Federation Amoured Car Regiment dalam tahun 1957. Dalam tahun 1960 Federation Amoured Car Regiment telah dicantumkan dengan Federation Regiment, sebuah battalion infanteri. Percantuman ini melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972. Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri Diraja.

Tugas kor ini ialah menjalankan operasi secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat. Cogankata Kor Armor Diraja ialah “BERSATU”.Peranan dalam melaksanakan gerakan ofensif, defensif dan gerakan dengan atau tanpa bantuan pasukan infantri dan pasukan-pasukan lain dan memberi perlindungan perisai kepada pasukan infantri dan pasukan-pasukan bantuan serta perkhidmatan yang lain.

Rejimen Semboyan Diraja (RSD)

"PANTAS DAN PASTI"

Rejimen Semboyan Diraja adalah sebuah rejimen Bantuan Tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Tugas utama Rejimen Semboyan Diraja menyediakan dan menyelenggarakan komunikasi untuk perintah dan kawalan Tentera Darat. Di samping itu, Rejimen ini juga terlibat di dalam menyediakan bantuan Peperangan Elektronik kepada Tentera Darat.Rejimen ini telah melaksanakan peranan dan tugasnya dengan berkesan dan mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Raja dan Negara, Rejimen Semboyan Malaysia kemudiannya telah dianugerahkan Gelaran Diraja pada 6 Jun 1992 dan dikenali hingga kini sebagai Rejimen Semboyan Diraja. Peranan RSD adalah untuk merancang, menyedia, mengurus dan menyelenggarakan semua sistem informasi dan teknologi multimedia untuk membolehkan fungsi kawalan dan pemerintahan di semua peringkat pemerintahan Tentera Darat dapat berjalan lancar.

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)

"BERUSAHA BERFAEDAH"

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. Seperti Kor-kor lain juga, RAJD telah mengalami berbagai perubahan sejajar dengan perkembangan dan pembesaran Tentera Darat Malaysia. RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi Tentera
Persekutuan menentang komunis, khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air. Sekarang RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi.

Dengan cogan kata "BERUSAHA BERFAEDAH" RAJD yang pakar dalam kejuruteraan tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara.RAJD adalah sebuah organisasi Bantuan Tempur dan peranan utamanya adalah untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia untuk bertempur, bergerak dan hidup semasa perang.

Rejimen Artileri Diraja (RAD)

"TANGKAS TEGAS SAKSAMA"

Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Royal Artillery yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Peperangan Dunia Kedua. Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.

Kor Perkhidmatan Am (KPA)

"BERBAKTI"

Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama “The Federation General Service Corps”. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. Nama pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan. Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia. Cogankata Kor Perkhidmatan Am ialah “BERBAKTI”.

Kor Kesihatan Diraja (KKD)

"KHIDMAT DIUTAMAKAN"

Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM. Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera. Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah “KHIDMAT DIUTAMAKAN”.

Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)

"SEDIA BERKHIDMAT"

Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya “SEDIA BERKHIDMAT.

Kor Risik Diraja (KRD)

"PINTAR DAN CERGAS"

Kor Risik Diraja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan dianugerahkan gelaran Diraja pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan seperti berikut:

  • Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

  • 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).

  • 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).

  • Cawangan Perisikan.

  • Jabatan Arah Risik.

  • Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).

Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)

"BERKHIDMAT KEPADA SEMUA"

Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). ASC telah ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera. Pada 9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah ditubuhkan. Pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja dan bercogankata “BERKHIDMAT KEPADA SEMUA”.Peranan KP adalah menguruskan pembekalan dan pergerakan dalam TD dikendalikan oleh Kor Perkhidmatan (KP).

Kor Ordnans Diraja (KOD)

"BERKHIDMAT DAN MEMBANTU"

Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17 Julai 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC). Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Kelengkapan Malaysia kemudian nya ditukarkan kepada Kor Ordnans Diraja. Cogankata Kor ini ialah “BERKHIDMAT MEMBANTU”.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)

"BERTUKANG DAN BERJUANG"

Kor Jurutera Leterik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah ditubuhkan dalam bulan April 1957. Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera dan bercogankata “BERTUKANG DAN BERPERANG”.

Peranan Kor Jurutera Letrik dan Jentera adalah memberi bantuan teknik seperti pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan ke atas semua peralatan kepunyaan Tentera Darat kecuali kenderaan jentera berat kepunyaan Kor Jurutera Diraja seperti jentolak, trelar (yang dikenali sebagai Kenderaan Jenis C) dan peralatan perhubungan Kor Semboyan Diraja seperti peralatan telegraf yang digunakan untuk menerima dan menghantar mesej.

Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

"BERJUANG BERAKHLAK"

Perkhidmatan Agama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah lama bermula selaras dengan penubuhan Rejimen Askar Melayu pada tahun 1933. Walau bagaimanapun perjawatan pada ketika itu terletak dibawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan bukannya ATM. Keperluan untuk menubuhkan sebuah KOR yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal keagamaan dalam ATM semakn dirasakan perlu. Maka secara rasmi KAGAT telah ditubuhkan pada 16 APRIL 1985 di Kuala Lumpur dan menjadi Kor yang ke 16 dalam Tentera Darat .Penugasan perkhidmatan yang berkonsepkan “MILITARIZATION” meliputi ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) DAN Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).Peranan melahirkan warga ATM yang berilmu,beriman,beramal dan bert akwa kearah memperkukuhkan kerohanian dan kekuatan tempur (SPIRITUAL COMBAT POWER).

Rejimen Askar Wataniah (RAW)

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

http://army.mod.gov.my/raw

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing.

Sekian sajalah dlu tentang Tentera Darat Malaysia...ku bangga sangat dengan mereka.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

SEPULUH said...

:)

Salam Amie'ra,

...moga dimudahkan jalan oleh-Nya, mencapai impian dan cita diri.

Amin.

:)

Unknown said...

Mana Unit Rejimen Sempadan?

bighandesign