RSS

Welcome My Blog for you share information

Polis Diraja Malaysia

Keanggotaan PDRM mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin.

Demi melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Tanda Pangkat PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori,

  • Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis.
  • Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok,

  • Pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan.
  • Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama,

  • Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP).
  • Kumpulan Diwartakan (ASP - SUPT).
  • Kumpulan Tidak Diwartakan (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor.

Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat IGP sehingga SUPT menggunakan 'G' sebagai pangkal, INSP sehingga C/INSP menggunakan 'I' dan kumpulan rank and file menggunakan 'RF'.


Senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM

Pegawai

Pegawai Tertinggi (IGP - DIGP)

Polis Negara

(Inspector General of PoliceKetua)

Timbalan Ketua Polis Negara

(Deputy Inspector General o Police)

Pegawai Pertengahan (CP - ACP)

Timbalan Pesuruhjaya PDRM

(Deputi Commissioner of Police I)

Penolong Pesuruhjaya Kanan Pertama PDRM

(Senior Assistant Commissioner of Police I)

Penolong Pesuruhjaya Kanan Kedua PDRM

(Senior Assistant Commissioner of Police II)

Penolong Pesuruhjaya PDRM

(Assistant Commissioner of Police)

Pegawai Diwartakan (SP - K/ASP)

Penguasa PDRM

(Superintendant of Police)

Timbalan Penguasa PDRM

(Deputy Superintendant of Police I)

Penolong Penguasa PDRM

(Assistant Superintendant of Police I)

Pegawai Kadet Penolong Penguasa PDRM

(Cadet Assistant Superintendant of Police I)

Pegawai Kanan Tidak Diwartakan

(Inspektor Percubaan - Ketua Inspektor)

Ketua Inspektor PDRM

(Chief Inspector of Police)

Inspektor PDRM

(Inspector of Police)

Inspektor Percubaan PDRM

(Cadet Inspector of Police)

Anggota Pangkat Rendah (Rank and File, RF)

Sub Inspektor PDRM

(Sub Inspector of Police)

Sarjan Mejar PDRM

(Sargeant Major of Police)

Sarjan PDRM

(Police Sargeant)

Koperal PDRM

(Police Corporal)

Lans Koperal PDRM

(Police Lance Corporal)

Konstabel Polis

(Police Constable)

Lencana mengikut pangkat

Inspektor Jenderal Polis (IGP)

Deputi Inspektor Jenderal Polis (DIG)

Komisioner Polis (CP)

Deputi Komisioner Polis (DCP)

Senior Asisten Komisioner I & II (SAC)

Asisten Komisioner Polis (ACP)

Superintenden Polis (SP)

Deputi Superintenden Polis (DSP)

Asisten Superintenden Polis (ASP)

Kadet Asisten Superintenden Polis

Chief Inspektor

Inspektor

Inspektor Percubaan

Sub-Inspektor

Sarjan Mejar

Sarjan

Kopral

Lance Kopral


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

azizul said...

baru tau...selama ni kenal polis sebab naik radio car ngan perot boroi jer
kalau pangkat sarjan ada misai..
tapi polis malaysia ada terbaik jugak.....hehe

NormaLiza Mah said...

waa... byk nyer info tentang polis....