RSS

Welcome My Blog for you share information

Tentera Darat Malaysia


Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat dan komponen terbesar di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 rejimen dan kor dan yang aturkan menjadi pasukan-pasukan tempur, pasukan-pasukan bantuan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

Lencana pangkat Angkatan Tentera Malaysia

Pegawai Tugas Am dan Tugas Khas

Fil Marsyal I

(Pangkat pegawai tentera. Pada hari ini, ia merupakan pangkat tertinggi di dalam satu-satu pasukan tentera darat di mana ia digunakan, iaitu selepas Jeneral ataupun selepas Kolonel Jeneral bagi tentera negara-negara Eropah Timur. Bagaimanapun, berdasarkan sejarah beberapa pasukan tentera menggunakan pangkat Marshal sebagai pangkat bagi seseorang pemerintah divisyen, contohnya Sepanyol dan Mexico)

Jeneral

(Pegawai tentera yang berpangkat tinggi. Istilah ini digunakan oleh hampir semua negara di dunia, dan dengan sendirinya sebagai satu pangkat, ataupun sebagai istilah am untuk "pegawai-pegawai jeneral". Dalam kebanyakan negara, gred-gred Jeneral merupakan pangkat-pangkat yang tertinggi dalam hierarki pangkat, bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi, seperti Marsyal Tentera Darat atau Fil Marsyal)

Leftenan Jeneral

(Pangkat tentera yang digunakan oleh kebanyakan negara. Pangkat ini berasal dari Zaman Pertengahan ketika pangkat Leftenan Jeneral diberikan kepada pemerintah kedua dimedan pertempuran, yang biasanya melapor diri kepada Kapten Jeneral.Dalam kebanyakan negara, pangkat Kors Jeneral telah menggantikan pangkat Leftenan-Jeneral dahulunya (contoh. Perancis). Tetapi, bagi memudahkan, ia sering diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai Leftenan Jeneral)

Mejar Jeneral

(Pangkat tentera yang digunakan di kebanyakan negara. Istilah tersebut diambil dari pangkat lama Sarjan Mejar Jeneral. Seorang mejar jeneral termasuk dalam jajaran pegawai peringkat tinggi, biasanya satu tingkat di atas Brigedier Jeneral dan Brigedier, dan satu tingkat di bawah Leftenan Jeneral)

Brigedier Jeneral

(Pangkat yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia. Ianya merupakan pangkat pegawai jeneral yang terendah, didahului oleh Mejar Jeneral. Brigedier Jeneral merupakan lantikan seterusnya setelah pangkat Kolonel. Namun pernah juga berlaku dalam sejarah TDM, seseorang Leftenan Kolonel dinaikan pangkat terus ke Brigedier Jeneral)

Kolonel

(Kolonel (disebut /ˈkɜrnəl/) (Kol atau KOL) merupakan satu pangkat tentera di dalam pegawai tauliah. Ia juga digunakan dalam beberapa pasukan polis dan struktur pangkat separa tentera. Kolonel biasanya bertanggungjawab ke atas sebuah rejimen di dalam tentera darat.Pada hari ini, seorang kolonel adalah pangkat tentera medan yang berada pada kedudukan tertinggi, atau kedua tertinggi selepas jeneral. Di dalam pasukan tentera yang kecil, kolonel boleh menjadi pangkat tertinggi yang boleh disandang)

Leftenan Kolonel

Mejar

Kapten

(Kapten merupakan satu pangkat atau gelaran dengan pelbagai makna. Perkataan tersebut datangnya dari bahasa Inggeris melalui bahasa Perancis daripada Bahasa Latin capitaneus ("ketua") yang mana ia berasal daripada perkataan caput ("kepala").Perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza dalam bidang pelayaran, tentera, penerbangan, polis, perkhidmatan kecemasan dan sukan.Angkatan Tentera Malaysia Kapten setaraf dengan Kolonel Tentera Darat dan Kolonel TUDM)

Leftenan

Leftenan Muda

((singkatan Lt M) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera. Perkatan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis,lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan, dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan", oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau)

Askar Laskar

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Staf Sarjan

Sarjan

Koperal

Lans Koperal

Perajurit Muda

(tiada lencana)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

bighandesign