RSS

Welcome My Blog for you share information

Tentera Laut Diraja Malaysia





Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Tanggungjawab TLDM dalam mengawal Laluan Perhubungan Laut utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly.

Visi

Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia

(Sentiasa Cemerlang)

Misi

Menjaga Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Malaysia

Tentera Laut Diraja Malaysia berhasrat menjadi sebuah Tentera Laut Bertaraf Dunia melalui usaha penambahbaikan berterusan demi mencapai komitmen berikut:

Ø Melindungi dan mempertahankan kedaulatan maritim negara.

Ø Menyokong usaha-usaha pentadbiran dan pembangunan negara.

Ø Meningkatkan kerjasama dan keupayaan bersama dengan perkhidmatan lain di dalam atau luar negara.

Ø Mengeratkan hubungan dengan masyarakat demi kesejahteraan negara.

Ø Membangunkan tenaga kerja yang profesional, kompeten dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas.

Lencana pangkat Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia

Pegawai Tugas Am dan Tugas Khas

Laksamana Armada

(Pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Buat masa ini ia hanya dipegang oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan yang pernah menjadi Yang Di-Pertuan Agong. Ia setara dengan pangkat Fil Marsyal ataupun Marsyal TUDM dan bertaraf lima bintang. Laksamana Armada juga setaraf dengan laksamana lima bintang lain iaitu Admiral of the Fleet Tentera Laut Diraja British atau Fleet Admiral Tentera Laut Amerika)

Laksamana

Laksamana Madya

(Laksamana Madya ialah sebahagian dari susunan pegawai tinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pegawai-pegawai tertinggi TLDM digelar Pegawai Berbendera kerana mereka layak mengibarkan bendera tersendiri ketika memerintah armada atau flotilla. Pegawai Berbendera dalam TLDM bermula dari Laksamana Pertama, Laksamana Muda, Laksamana Madya, Laksamana dan yang tertinggi, Laksamana Armada. Laksamana Madya berkedudukan lebih kanan dari Laksamana Muda tetapi lebih muda dari Laksamana, justeru bertaraf tiga bintang. Laksamana Madya juga setaraf dengan pegawai tiga bintang dari perkhidmatan lain iaitu Leftenan Jeneral dan Leftenan Jeneral TUDM)

Laksamana Muda

(Pangkat pegawai kanan atau pegawai berbendera dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia setara dengan pangkat Rear Admiral tentera laut asing dan mempunyai insignia dua bintang. Di dalam Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Muda setara dengan Mejar Jeneral Tentera Darat dan Mejar Jeneral TUDM)

Laksamana Pertama

(Pegawai Berbendera yang paling muda di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Laksamana Pertama setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Brigedier Jeneral TUDM. Laksamana Pertama setaraf dengan Komodor atau Commodore dalam Tentera Laut Diraja British dan beberapa negara Komanwel lain)

Kapten

(Pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia ialah pegawai kanan yang paling kanan (senior) dalam perkhidmatan itu. Di dalam TLDM, seseorang kapten biasanya ditugaskan menjadi pegawai memerintah kapal-kapal utama armada, seperti frigat dan pengkalan-pengkalan di darat. Oleh kerana ketiadaan pangkat Komodor, seorang kapten yang paling kanan biasanya dilantik sebagai Pegawai Kanan Armada, menjalankan fungsi dan tugas seorang komodor)

Komander

(Pangkat yang terdapat dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Komander setara dengan Leftenan Kolonel Tentera Darat dan Leftenan Kolonel TUDM. Komander juga setaraf dengan Commander dalam kebanyakan tentera laut di dunia. Komander lebih kanan dari Leftenan Komander tetapi lebih muda (junior) dari Kapten)

Leftenan Komander

(Pegawai dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Leftenan Komander setara dengan Mejar Tentera Darat dan Mejar TUDM. Leftenan Komander juga setaraf dengan Lieutenant Commander dalam tentera-tentera laut negara lain di dunia)

Leftenan

Leftenan Madya

(Pangkat pegawai muda dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Leftenan Madya setara dengan Leftenan dalam Tentera Darat dan Leftenan TUDM.Pangkat Leftenan juga mempunyai persamaan dengan sistem pangkat British seperti kebanyakan struktur pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Seorang Leftenan Madya setara dengan Sub-Lieutenant dalam kebanyakan tentera laut Komanwel)

Leftenan Muda

((singkatan Lt M) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera. Perkatan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis, lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan",oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau)

Pegawai Kadet Kanan

Kadet

Askar Laskar

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Bintara Kanan

Bintara Muda

Laskar Kanan

Laskar Kelas I

Laskar Kelas II

Laskar Muda


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

bighandesign