RSS

Welcome My Blog for you share information

Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.


Visi
Kuasa Udara yang Dominan

Misi
Untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan

Nilai Teras TUDM
Integriti * Keberanian * Keunggulan * Setia Kawan * Perkhidmatan Sebelum Peribadi

Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara. Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike”, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive”.
  • Aplikasi Kekuatan bagi mengani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.
  • Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelanat kombat udara.
  • Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.

Lencana pangkat Angkatan Tentera Malaysia

Pegawai Tugas Am dan Tugas Khas

Marsyal TUDM

(Pangkat tertinggi yang terdapat di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM). Buat masa ini, pangkat ini dikhususkan bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan yang pernah bertahkta sebagai Yang Di-Pertuan Agong)

Jeneral TUDM

(Pangkat Tentera Udara Diraja Malaysia, (TUDM) yang setaraf empat bintang. Ianya setaraf dengan pegawai tinggi empat bintang lain iaitu Jeneral dan Laksamana)

Leftenan Jeneral TUDM

(Pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia. Dahulu ianya ditulis sebagai Leftenan Jeneral (Udara) bagi membezakan seseorang pegawai TUDM dengan sejawatnya iaitu Leftenan Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia)

Mejar Jeneral TUDM

(Pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia. ianya lebih kanan dari pangkat Brigedier Jeneral TUDM tetapi lebih junior dari Leftenan Jeneral TUDM)

Brigedier Jeneral TUDM

(Pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia yang paling rendah atau yang paling junior. Ianya setaraf dengan Brigedier Jeneral Tentera Darat dan Laksamana Pertama. Pangkat ini diperkenalkan pada tahun 1983, menggantikan pangkat Air Commodore seperti yang terdapat di dalam perkhidmatan tentera udara negara-negara Komanwel lain)

Kolonel TUDM

Leftenan Kolonel TUDM

Mejar TUDM

Kapten TUDM

Leftenan TUDM

Leftenan Muda TUDM

((singkatan Lt M TUDM) merupakan pangkat TUDM bagi pegawai muda yang ditauliahkan. Ia merupakan pangkat terbawah di dalam pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Perkatan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis, lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan, dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan",oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau)

Askar Laskar

Pegawai Waran I

Pegawai Waran II

Flait Sarjan

Sarjan Udara

Laskar Udara Kanan

Laskar Udara Kelas I

Laskar Udara Kelas II

(tiada lencana)

(Pangkat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia. Tarafnya di antara Laskar Udara Kelas I dan Perajurit Muda. Ia setaraf dengan Prebet dalam Tentera Darat Malaysia dan Laskar Kelas II dalam Tentera Laut Diraja Malaysia)

Perajurit Muda

(tiada lencana)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

bighandesign